PERSATUAN MUHIBBAH SELANGOR (PEMULA)
Muhibbah Membentuk Komuniti Prihatin
Persatuan Muhibbah Selangor (PEMULA) ingin membangunkan satu komuniti yang boleh membawa impak kepada masyarakat terutama kepada 4 golongan sasar.
Fokus menaikkan taraf ekonomi keluarga melalui ilmu dan peluang untuk jana pendapatan. Disamping membimbing kanak-kanak membentuk sahsiah diri yang positif, buka minda kepada manfaat teknologi berteraskan kesopanan &kesusilaan.
Wanita tulang belakang kepada institusi keluarga diberi perhatian melalui program yang membina daya saing diri dan juga peluang berniaga dengan bantuan institusi yang berkaitan.

MATLAMAT KAMI
MELAHIRKAN MASYARAKAT PRIHATIN
Mengadakan program kebajikan serta seminar, kursus untuk melahirkan masyarakat prihatin
MENINGKATKAN TARAF HIDUP
Mengadakan program untuk masyarakat belia dalam usaha meningkatkan taraf hidup
MENINGKATKAN NILAI-NILAI ILMU
Mengadakan program untuk pelajar-pelajar dalam meningkatkan mutu / nilai ilmu.
